Monday, November 16, 2009

.:aurat:.


telah lama ku mencari artikel mengenai cara2 pemakaian yg mengikut landasan islam.. disini akan saya kongsikan artikel yg menyedarkan saya.....

Menutup aurat bukan sekadar pakai tudung




SATU ketika dulu, ramai mengatakan memakai tudung itu hanyalah sunat muakad atau tidak wajib. Kalau tidak memakai tudung, hanya berdosa kecil. Kononnya sebaik saja mengambil wuduk untuk bersolat lima waktu, secara automatik dosa kita dibasuh dan terhapus.

Apabila bergaul dengan pelbagai bangsa dan agama, kita banyak mendengar dan membaca bagaimana media barat memomokkan kod pakaian wanita Islam yang dikaitkan dengan maruah dan harga diri.

Di satu sudut lain, ada wanita Islam yang bertudung dan menyangkakan mereka sudah menutup aurat, tetapi masih mengenakan seluar jeans yang ketat, kemeja T menampakkan pakaian dalam atau yang hanya layak dipakai oleh adiknya berumur 10 tahun.

Ada juga yang mengenakan tudung, tetapi memakai kain terbelah sehingga menampakkan peha, pakaian terbelah di dada, kemeja T berlengan pendek dan ada kalanya memakai skirt separas betis. Persoalannya apakah ciri pakaian menutup aurat bagi wanita Islam?

Aurat berasal daripada bahasa Arab, 'Aurah' yang bererti kurang. Di dalam fiqh, aurat diertikan sebagai bahagian tubuh seseorang yang wajib ditutupi daripada pandangan orang lain. (Wahbah al-Zuhayli (1989), al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Damsyik: Dar al-Fikr, halaman 579)

Walaupun ulama berkompromi mengenai had aurat yang perlu ditutup oleh wanita, namun mereka bersepakat mengatakan hukum menutup aurat bagi setiap wanita Muslim yang baligh adalah wajib. Untuk memenuhi syarat menutup aurat, pakaian seseorang wanita mestilah memenuhi syarat berikut:

1. Menutupi had aurat yang sudah ditetapkan.

Jumhur ulama bersepakat mengatakan aurat bagi wanita baligh ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan. Oleh itu, mereka wajib menutup aurat daripada dilihat oleh lelaki ajnabi (bukan mahram).

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan hendaklah mereka (wanita) menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka." (Surah al-Nur, ayat 31)

Firman Allah lagi yang bermaksud: "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Ahzab, ayat 59).

Ayat itu Allah memerintahkan supaya Nabi Muhammad SAW menyuruh isteri Baginda mengenakan pakaian yang menutup aurat. Suruhan itu juga ditujukan kepada semua wanita beriman.

2. Pakaian yang longgar.

Tujuan utama wanita diwajibkan menutup aurat ialah untuk mengelakkan daripada lelaki ajnabi melihat tubuh badannya dan mengelakkan daripada berlakunya fitnah. Oleh itu, pakaian yang ketat walaupun tebal sudah pasti akan menampakkan bentuk tubuh badan. Wanita yang memakai pakaian ketat walaupun menutupi seluruh tubuh masih belum memenuhi tuntutan menutup aurat seperti dikehendaki syarak.

Syarat ini berdasarkan kepada kata Dahiyyah bin Khalifah al-Kalbi yang bermaksud: "Rasulullah SAW didatangi dengan beberapa helai kain 'qubtiyyah' (sejenis kain yang nipis buatan Mesir), lalu Baginda berkata: "Bahagikan kain ini kepada dua, satu daripadanya dibuat baju dan bakinya berikan kepada isterimu." Apabila aku berpaling untuk beredar Baginda berkata: "Dan suruhlahisterimu meletakkan kain lain di bawahnya (supaya tidak nampak bentuk tubuhnya)."

Menurut Ibn Rusyd, 'qubtiyyah' ialah pakaian yang tebal tetapi melekat pada badan kerana ianya ketat dan menampakkan bentuk tubuh pemakainya. Oleh itu, Rasulullah SAW menyuruh Dahiyyah menyuruh isterinya melapik pakaian itu dengan kain lain supaya tidak menampakkan bentuk tubuhnya.

3. Pakaian yang tidak jarang.

Syarak menetapkan pakaian wanita mestilah tidak jarang sehingga menampakkan bentuk tubuh atau warna kulitnya. Aisyah meriwayatkan bahawa saudaranya, Asma, pernah masuk ke rumah Rasulullah SAW dengan berpakaian tipis sehingga nampak kulitnya. Rasulullah SAW berpaling dan mengatakan: "Hai Asma, sesungguhnya seorang perempuan bila sudah datang waktu haid, tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini sambil ia menunjuk muka dan kedua telapak tangannya."

Teguran Rasulullah SAW terhadap Asma jelas menunjukkan bahawa pakaian yang jarang tidak memenuhi syarat menutup aurat bagi wanita baligh.

4. Bukan pakaian yang menarik perhatian (pakaian syuhrah).

Apa yang dimaksudkan pakaian untuk bermegah ialah pakaian yang berlainan daripada pakaian orang lain sama ada dari segi warna, fesyen atau potongan sehinggakan menarik perhatian orang lain serta menimbulkan rasa bongkak pada pemakainya.

Ibn Umar meriwayatkan daripada Nabi SAW bahawa Baginda bersabda yang bermaksud: "Barang siapa yang memakai pakaian bermegah-megah maka Allah Taala akan memakaikannya dengan pakaian yang serupa pada hari kiamat kelak kemudian ia akan dijilat api neraka."

5. Tidak menyerupai pakaian lelaki atau pakaian orang kafir.

Pakaian yang menutup tubuh badan tidak dikira sebagai memenuhi ciri pakaian Islam jika menyerupai pakaian orang kafir. Ia berdasarkan hadis Rasulullah SAW seperti diriwayatkan Ibn Abbas: "Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki."

Larangan menyerupai pakaian orang bukan Islam ini atas alasan ia boleh menjatuhkan martabat Islam dan penganutnya.

6. Tidak bertabarruj.

Tabarruj dalam bahasa mudah boleh diertikan sebagai bersolek. Ada juga yang mengatakan tabarruj ialah melepaskan tudung kepalanya tetapi tidak mengikat/mengetatka nnya, lalu terlihatlah rantai leher, anting-anting dan lehernya. Kesimpulannya tabarruj ialah memperlihatkan keelokan, kecantikannya yang sepatutnya wajib ditutup.

Larangan ini berdasarkan kepada firman Allah yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku (tabarruj) seperti orang jahiliah dulu (pertama)." (Surah al-Ahzab, ayat 33)

Ayat itu petunjuk kepada isteri Nabi SAW supaya tetap di rumah dan tidak bertabarruj seperti orang jahiliah dulu. Konsep tabarruj jika dilihat dalam kerangka lebih luas meliputi perbuatan wanita mendedahkan aurat, memakai wangian apabila keluar rumah, cara berjalan atau tingkah laku yang menarik perhatian lelaki ajnabi.

Pakaian wanita menutup aurat mestilah memenuhi ciri disebutkan walau di mana mereka berada. Berdasarkan syarat itu juga dapat kita ukur sejauh mana wanita Muslimah sudah menutup aurat atau hanya bertudung saja seperti fenomena di Malaysia apabila ramai bertudung tetapi memakai pakaian tidak menepati syariat. Ia adalah fenomena pemakaian tudung kerana fesyen, ikut-ikutan, paksaan ataupun berdasarkan kejahilan dan bukannya ilmu Islam sebenar.

Penulis ialah Pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan boleh dihubungi di emel wanitajim0@yahoo. com

Sunday, November 8, 2009

.:kisah masuk ke alam "puluhan" thn:.

ALLAHHUAKHBAR....
MASYA'ALLAH
aku hampir terbuai oleh alam remaja ku...
hari semakin bertambah.. usiaku ku pun meningkat ke 20thn pada 7/11 hari itu...
sayu hati ini mengenangkan usia ku yg sudah 20 thn ini...
di sini ku ingin kongsikan perasaan sendiri berdebar dan sayu nya hati ini bila ingin menjejakkn kaki ini ke alam puluhan thn..
seharian ku x buat ape2 pada akhir usiaku 19 thn.. aku cume merenung dan memikirkan kisah lalu ku dia alam belasan tahun.. ya allah.. byk nye kesalahan yg ku lakukan... ku gapai telefon ku dan menelefon ibu bapa ku untuk mendapat ketengn... ku buka alquran...ku hayati stp maksudnya.... indah sekali bahasanya.. lama aku x baca quran siap makna... ku baca yassin siap makna.... ku baca al-mathurat siap maknanya sekali.... ku rasa berdebar debar sekali.... ya allah lama nya ku alpa dan lalai...
sejak ku keluar dari sebuah matrik d utara semennjung tanah air.... lama sudah aku tidak menghadiri usrah..... ku rindukan suasan usrah itu... usrati2 ku ade juga cl ntk wish aku... rindu nya mereka........... kami menggamit pengalaman lalu belajar bersama2... dan sememangnya aku lah adik yg nakal di dalam usrati itu... lucu sekali... dgn sikap ku yg blm matang2 tu... seronok kami berbual2 mengenai kisah lalu... mereka selalu mengingatkan ku.... ku sayang suasana itu....
lama nya ku meninggalkan alam itu... ya Allah berilah aku sinar kembali....
sehingga hari ini pada usia ku 20 thn 2 hari.... aku masih berasa DIRI ku ini makin dekat ke alam yg lebih kekal abadi..... ya ALLAH.. byk lagi yg belum ku tebus segala kekhilafan ku.....
ku inginkan gemerlapan sinar qudwah hasanah yg terjalin d masa lalu... walaupun ku menghadapi masalah besar... ku tenang.. ku mempunyai sahabat2 disisi..
di sini ku sendiri........ dan bila ku sendiri.. ku ikut rantak irama diri sendiri... alpa tanpa gurauan islamic kawan2 yg boleh bawa ke arah kebaikn.. ku jauh sedikit darinya..
ku tidak kisah hidup di rantauan... tp ku ingin mencari sinar ketenangn berukhwah....
ukhwah yg kearah mardhotillah.....
semasa aku call ayah ku..." ku ceritakan ape perasaan ku sebelum menjangkau 20 thn.. ku menangis teresak2... ku takut.... tp ayah ku kata.." anakku peningkatan usia itulah yg memtangkan kita.... kita jgn lari jauh dariNYA... dia pencipta kita...."
ku call mak ku pula" mak sara nak dewasa dah......... mak sara takut...." ibuku pun menjwb" sara, memg kita dah dewasa.... usia tidak mendatangkan masalah.. yg penting dalamn kita.."
semua pesanan ibu ayah ku ini ku semat dalam hati...
tgh harinya ku keluar ke bandar..... . sedih juga jalan2 sorg diri ke bandar.. tp aku happy dapt raikan ulang thn ku dgn melihat keindahan alm serta pelbagai kerenah manusia di luar sana..tepat jam 2.45ptg ku pulang ke kampus semula.. alhamdulillah ade org teman aku ke kampus..x lah ku balik sorang2..bahaya juga.. thank u for u my special person.di kampus ku teringin sekali ke tmpt yg ku rasa tenang.... mmg niatku ingin ke masjid di usia ku seblm menginjak 20 thn.. ku rasa sayu.... tenang sekali berada d idalam rumah ALLAH ini.. di tmpt ini lah aku menceritkan segalanya.. ku tahu dia lebih mengetahui.... sebelum2 ini pun d tmpat inilah ku menangis bersendirian.. x siapa tahu rahsia yg tersemat d hati ini selain dia..." YA ALLAH TERIMALAH TAUBATKU.. HAMBAMU YANG LEMAH DAN ALPA INI... JGN KAU BERI KU ULANGI KESILAPAN LALU KU".......
ku berharap sinar itu kembali..
ya ALLAH... aku tahu kau menyayangi ku dan umat yg lain..... ku memohon ampun atas segala kekhilafan ku YA ALLAH... berilah aku taufiq dan hidayah ke jalan yg benar... amin

 

MyCartopia.com Click here to get one